<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental

1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia berisiko mengalami masalah mental di alam remaja, iaitu ketika usia antara lima hingga 16 tahun. Perkara berkenaan dikesan melalui Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan sekitar 1996 hingga 2011 bagi mengukur prevalens masalah kesihatan mental atau morbiditi psikiatri. Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan.

Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental

Permasalahan ini perlu ditangani dengan mengamalkan Kemahiran Minda Sihat yang membolehkan setiap pesakit menenangkan diri, mengawal kemarahan, mempunyai kemahiran bagi mengatasi konflik dan berupaya membuat keputusan rasional. Extra: Hubungan Murid Tahun 6 dengan Guru Terbongkar.

Pada tahun 1996, masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bagi usia itu adalah pada kadar 13 peratus, dan pada 2006 meningkat kepada 19.4 peratus. Lima tahun kemudian, ia terus menunjukkan peningkatan kepada 20 peratus.

Kemahiran Minda Sihat

Idea untuk membunuh diri juga adalah tinggi iaitu sebanyak 1.7 peratus, manakala rancangan dan cubaan membunuh diri pula masing-masing 0.9 peratus dan 0.5 peratus. Perkara ini dipetik dari keyataan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub ketika merasmikan pelancaran Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Permai, Johor Baharu. Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental merujuk sumber 1 daripada 5 kanak-kanak berisiko alami masalah mental usia 5-16 tahun.
Previous
Next Post »