Surat Siaran Pelaksanaan Rintis Program Dwibahasa (DLP) Tahun 2016 di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai Sekolah melaksanakan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme secara rintis bermula Sesi persekolahan 2016. Apa itu Program Dwibahasa. Adakah ia satu program yang cubaan mengembalikan PPSMI dengan nama DLP.
Download Pekeliling Perlaksanaan Rintis Dual Language Programme di pautan Surat Siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2015. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Dwibahasa ini adalah dibawah Dasar MBMMBI dan melibatkan beberapa mata pelajaran yang telah ditetapkan di sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan.
Apa itu Program Dwibahasa
Program Pengaran dan Pembelajaran Dwi Bahasa ini seakan Penjenamaan semula Program PPSMI yang dimansuhkan dulu. Kementerian Pendidikan berusaha melaksanakan Rintis Dual Language Programme memandangkan ilham kesedaran akan kepentingan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris amat penting dalam setiap perkara, terutamanya dalam menuntut ilmu. Semasa Bajet 2016 diumumkan dana pendidikan yang besar telah disalurkan untuk Dasar MBMMBI. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk membelanjakan wang tersebut.
Kaedah Program Dwibahasa (DLP) Dual Language Programme
Sekolah Rintis Program Dwibahasa Atau Dual Language Programme (DLP) boleh memuat turun beberapa bahan sokongan merujuk lampiran Surat Surat Perlaksanaan Program Dwibahasa 2016 Bilangan 18 Tahun 2015. Beberpa kaedah dan syarat baharu perlu dipatuhi dalam melasanakan Program DLP ini dan perlu dipatuhi oleh sekolah yang terpilih. Tahniah kepada sekolah-sekolah yang terpilih.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email