<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Tuan Guru Nik Aziz Perjuanganmu Diteruskan

Malaysia Kehilangan Seorang Ulama Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tok Guru meninggalkan dunia di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bharu. Hari Khamis Malam Jumaat, 23 Rabiul Akhir 1436 Hijrah / 12 Februari 2015 Masihi, Pulangnya seorang Tokoh pemimpin Islam kembali ke penciptanya. Ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat Malaysia hari ini. Jasa dan Pengorbanan hanya Allah mampu membalasnya.

Tuan Guru Nik Aziz Perjuanganmu Diteruskan

Setiap 5 alam mempunyai batasannya tersendiri. Kematian boleh menjadi sesuatu yang amat menakutkan atau sesuatu yang menggembirakan. Orang yang bersedia akan gembira untuk bertemu kekasihnya iaitu Allah SWT. Orang begini ialah orang yang sentiasa bersedia untuk kehidupan selepas kematiannya.

Al-Fatihah! Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepadamu dan memperelok perkabunganmu serta mengampunkan dosa mayat ahli keluargamu.

Singkap kembali detik akhir, Linangan airmataku menitis. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pemergian yang tak kembali untuk selamanya. Segar indah namamu di hatiku. Sayu dan pilu bermain di jiwaku. Hilang mu kini tiada pengganti. Hanya namamu tersemat di kalbuku. Menjadi satu kenangan yang abadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz 1931 - 2015


Bellicose Media Touch

Perjuanganmu bagai lilin membakar. Bersinar menerangi kegelapan. Rela berkorban meredah onak berduri. Jasa baktimu sejernih air di kali. Bersemadilah engkau aman di pusara. Sinar cahaya murni karomahmu. Berjihad biar menitis oh darah terakhir. Menjadi lambang cinta yang terluhur. Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1931 - 2015) Perjuanganmu Diteruskan Tersemat di Kalbuku.
Previous
Next Post »