<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Puisi dan Doa untuk Cikgu Bunga Sirih Untuk Guru

Puisi dan Doa untuk Cikgu Bunga Sirih Untuk Guru

Puisi dan Doa untuk Guru Sempena Sambutan Hari Guru Malaysia. Adakah Anda Dilahirkan Menjadi Seorang Guru. Menjadi seorang guru yang kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah insan berjiwa guru yang sejati. Setiap masa penuh harapan dalam memikul tanggung jawab. 

Puisi dan Doa untuk Guru Sempena Sambutan Hari Guru Malaysia

Pengorbanan pasti berlaku kepada sesiapa saja. Menjadi guru usah terlalu berkira, bukankah harta dunia tak kemana. Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi keperluannya" Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang diperlukan. Bersederhanalah dan Permudahkanlah sesuatu yang sukar.

Doa Untuk Guru Warga Pendidikan Seluruh Malaysia

Ya Allah! Ya Razzak yang Maha Memberi Rezeki, limpahkanlah rezekiMu kepada ahli keluarga ini agar dengan keberkatan itu, ahli keluarga pendidikan ini dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik untuk perjuangan yang berterusan dalam membimbing didik anak bangsa ini.

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu. Kau perindahkan bahasa kami, Permudahkan tutur kata kami, Agar apa yang kami sampaikan kepada anak didik, Mudah untuk diterima oleh semua, Jadikanlah ilmu yang mendapat keberkatan-Mu demi manfaat buat mereka.

Jadikan pekerjaan kami satu ibadah kepadaMu dengan jiwa yang tenang dan dapat bersyukur kepadaMu atas segala pemberianMu...

Terimalah Bunga Sirih Untuk Guru sebuah Puisi Sempena Hari Guru nukilan J.M.Aziz untuk semua guru yang pernah mendidik diri ini dan juga kepada sumber inspirasiku rakan-rakan guru di seluruh Malaysia.

Bunga Sirih Untuk Guru

Guru adalah ibu pengasuh budiman
Guru adalah ratu lebah
Lalu memujuk membelai kelopak
Cinta kasih sayang
Lilinnya berbunga sinar cahaya
Madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
Laku menabur bunga telur
Baktinya segar mewangi
Sepanjang pantai zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
Pedoman kehidupan
Guru adalah pendakwah
Lalu mengikut jejak nabi Muhammad
Memimpin insan
Ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pinang
Terima kasih terima sayang
Budi bicara guru berjasa
Kami sanjung tinggi

J.M.Aziz Rumah Puisi
Seberang Takir Kuala Terengganu

Puisi dan Doa untuk Guru Seluruh Malaysia

Tidak dinamakan ia guru jika tidak berani memperjuangkan ilmu. Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh, dan tidak ada orang yang akan menendang anjing yang sudah mati. Selamat Hari Guru dan Berbahagialah dalam Perjuangan Ilmu.
Previous
Next Post »