<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Enjin Carian selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak

Enjin Carian untuk Murid Sekolah Rendah dan Kanak-kanak. Search Engines for audiences 18 and under. Isu Keselamatan kanak-kanak melayari internet terutamanya tapisan enjin carian untuk murid sekolah dalam mencari maklumat masih menjadi permasalahan kepada Ibu bapa dan Guru di seluruh malaysia. Sebagai earga pendidik, ingin saya kongsikan beberapa Enjin Carian Selamat untuk pengguna internet dibawah umur. Sesuai untuk pendidikan maya murid-murid sekolah rendah.

Enjin Carian selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak

Children's Search Engines. Hasil carian yang ditapis dari halaman dewasa untuk Keselamatan Internet dalam Pendidikan Malaysia. Pastinya Ibu-bapa dan guru tidak perlu lagi risau. Search Engine for Students. Berikut ialah beberapa Enjin Carian yang Selamat digunakan oleh kanak-kanak sebagai bahan rujukan di internet.

ALA Sites for Kids
Direktori yang dipilih oleh ahli-ahli Persatuan Perpustakaan Amerika menggunakan garis panduan penilaian yang ketat.

Awesome Library
Perpustakaan maya untuk murid sekolah dan kanak-kanak. 30 000 sumber rujukan yang ditapis dengan teliti, termasuk bahagian 5% dalam pendidikan.

Dibdabdoo
Cara yang lebih selamat untuk murid-murid sekolah mencari maklumat dari internet. Safer way to search the Internet.

Ivy's Search Engine
Resources for Kids. Enjin carian internet utama untuk kanak-kanak, pautan ke laman web rujukan untuk kanak-kanak. Beberapa bentuk carian dan pautan enjin khusus yang menarik minat kanak-kanak. Turut terdapat pautan kepada enjin carian sesuai untuk seisi keluarga.

Kids Click
Carian selamat untuk si kecil. Hasil carian yang ditapis untuk kanak-kanak.

Kids Search
Carian selamat untuk kanak-kanak. Enjin carian Khas agar Kanak-kanak dapat melayari internet dengan selamat. Semua hasil carian yang dipaparkan terlebih dahulu disaring.

Kids net
Tapak Pangkalan data. Sumber ilmiah untuk kanak-kanak dan remaja. Safe Database of suitable sites.

Know Play
Pautan pada halaman atlas, kamus, ensiklopedia, maklumat seni, akronim, maklumat seluruh dunia. Enjin carian ini juga mesra pengguna dengan sistem pelbagai bahasa yang tersedia.

Kids Teens
Direktori pilihan untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Open Directory Project.

Keselamatan Internet dalam Pendidikan Malaysia

Banyak yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru apabila anak atau murid melayari internet. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan hari ini kelpelbagaian peranti baharu untuk melayari internet tidak lagi menjadi perkara asing bagi mereka. Sekadar Enjin Carian Selamat untuk Keluarga dan Kanak-Kanak tidak cukup untuk menjamin dunia siber selamat untuk kanak-kanak. 

Guru dan ibu-bapa perlu bersedia dalam mengharungi sistem pendidikan alaf 21. Selain mengikuti Perkembangan ICT, Kawalan dan Pemantauan secara berterusan adalah yang tindakan yang paling berkesan agar generasi muda berkembang dengan sihat untuk masa hadapan.
Previous
Next Post »