<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Adakah Menuntut Ilmu satu Bebanan

Yang paling takut pada Allah hanyalah orang yang berilmu. Namun, Adakah Menuntut Ilmu hari ini menjadi satu Bebanan. Bukankah Program Pendidikan oleh KPM menjadikan iklim pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.

Ilmu itu Mulia. Keutamaan Menuntut ilmu adalah ibadah yang sangat agung lagi mulia. Ilmu membentuk peribadi seseorang ke arah menjadi seorang insan yang boleh menyumbang kearah pembangunan sesebuah keluarga, organisasi, negara dan agama.

Adakah Menuntut Ilmu satu Bebanan

Oleh itu, pekerjaan guru yang berperanan menyampaikan ilmu dan mendidik adalah kerjaya yang mulia dan dihormati. Tetapi saya ingin tegaskan, yang dimaksudkan di sini adalah merujuk pada ilmu yang benar sahaja dan bukannya ilmu yang menyesatkan manusia.

Belajar dan Menuntut Ilmu satu Tekanan

Pelajar cuba terjun bangunan akibat Tekanan dalam Pelajaran (Sumber Video). Cubaan seorang pelajar ingin terjun dari balkoni rumahnya gagal. Mangsa tidak mengalami kecederaan selepas berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat.

Dalam kejadian tersebut, pelajar lelaki yang berusia 22 tahun dipercayai cuba terjun dari tingkat 18 pangsapurinya. Difahamkan, pelajar itu bertindak untuk terjun dari balkoni akibat tekanan dalam pelajaran.

Menipu dan Meniru dalam Peperiksaan

Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Merujuk sebuah hadis:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)"
(Riwayat Muslim, 1/99)

Soalan Peperiksaan Bocor

Episod duka buat calon UPSR tahun 2014 lalu apabila beberapa subjek dikatakan bocor sehingga peperiksaan terpaksa dijalankan semula. Perkara sebegini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan pada guru, ibu bapa dan calon peperiksaan.

Peranan Guru dalam Menyampaikan Ilmu

Barangsiapa menginginkan kehidupan dunia maka hendaknya ia memiliki ilmu, dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat maka hendaknya ia memiliki ilmu, dan barangsiapa menghendaki keduanya maka hendaknya ia memiliki ilmu.

Terima Kasih Cikgu atas segala jasa dan ilmu yang disampaikan. Sekali lagi ingin saya tegaskan ilmu  yang dimaksudkan di sini adalah merujuk untuk ilmu yang benar dan bukannya ilmu yang menyesatkan manusia. Sekiranya Menuntut Ilmu satu Bebanan, Agaknya dimakah silapnya?
Previous
Next Post »