<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Gerakan Harapan Baru (GHB) Amanah Progresif Peduli

Gerakan Harapan Baru (GHB) atau juga dikenali dengan #HarapanBaru merupakan sebuah Gerakan Politik Malaysia yang dilancarkan pada 13 Julai 2015 oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden PAS di sebuah hotel di pusat bandar Kuala Lumpur. Bersama Slogan "Amanah Progresif Peduli", GHB bakal bersaing dalam arena politik tanah air dalam pilihan raya Malaysia di musim-musim akan datang. Harapan Baru kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik.

Gerakan Harapan Baru (GHB) Amanah Progresif Peduli

Keahlian Parti Gerakan Harapan Baru terbahagi kepada Ahli Penuh yang terbuka kepada semua ahli termasuk orang Islam dan bukan Islam dan Ahli Bersekutu iaitu terbuka kepada semua ahli, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu membuat komitmen sepenuhnya kepada parti. Apa itu Gerakan Harapan Baru? Apakah Matlamat GHB tidak sama dengan PAS (parti Islam seMalaysia)

Logo dan Website Gerakan Harapan Baru masih belum diwujudkan memandangkan Parti GHB masih baharu dan mungkin dikenali dengan nama baharu. GHB adalah sebuah gerakan dan akan menjadi sebuah parti politik dengan pendaftaran nama baru yang kini masih belum dimuktamadkan, namun  akan dibuat sebelum tarikh pelancaran rasmi parti itu September ini. Manakala Konvensyen pertama GHB bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September depan.
* More Info about New Hope Movement (Gerakan Harapan Baru) di GHB Wiki.
* Facebook Page: Harapan Baru. Political Organisation

Kumpulan Pro Gerakan Harapan Baharu

Jawatankuasa GHB termasuk bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Suhaizan Kaiat, dan Ahmad Awang yang gagal merebut Jawatan presiden PAS dari Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Manakala Jawatankuasa Utama lainnya seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.#GHB
Previous
Next Post »