<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am KPM Lembaga Peperiksaan

Pentaksiran PBS Psikometrik Sekolah Rendah Ujian Aptitud Am Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Download Bahan Ujian Aptitud Tahun 3 Sekolah Rendah Malaysia. Panduan dan Penerangan Apa itu Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Apakah Tujuan Tujuan Ujian Aptitud (SK) Sekolah Rendah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pautan Muat Turun Direct Download Link Bahan Pentaksiran Psikometrik: Ujian Aptitud Am Tahun 3 terkini ada di akhir artikel.

Pengenalan Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran PBS Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti. Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu.  Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.

Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am KPM Lembaga Peperiksaan

Setiap individu perlu mengenal diri bagi tujuan peningkatan dan pembangunan diri. Semua yang ingin dibangunkan, perkembangan intelek, emosi dan sosial, mesti diukur.

Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah

Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah Ujian Aptitud Am menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu yang bersifat am. Dengan Ujian ini Unit Bimbingan & Kaunseling dapat mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

Prestasi murid tidak diukur  dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif.
Measuring knowledge, abilities and behaviour, psychometric assessment tools  aid the decision making process, but do not make the decision to select one child over the next 
(Munchinsky, 2003; Wilson, 2004).

Dalam usaha merintis perubahan ke arah pembangunan modal insan yang unggul, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) memperkenalkan Pentaksiran Psikometrik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan mengemukakan dua jenis ujian dalam pentaksiran psikometrik, iaitu Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti.

Ujian Aptitud Am Lembaga Peperiksaan Malaysia

Ujian Aptitud digunakan untuk mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran atau pekerjaan yang akan dilaluinya di masa hadapan. Ujian Aptitud Lembaga Peperiksaan Malaysia lazimnya terbahagi kepada kebolehan yang spesifik yang menggambarkan struktur kecerdasan secara hierarki dan diterima oleh pengamal atau pekerja dalam  sesuatu bidang.

Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am KPM Lembaga Peperiksaan

Aptitud Test ini adalah sangat penting dalam pembangunan individu murid kerana ia dapat membantu guru mengenal pasti dan mengembangkan pelbagai potensi yang ada pada murid. Ujian ini diskor dan diinterpretasikan secara individu sebagai ukuran aptitud khusus atau secara komposit sebagai ukuran aptitud am yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang.

Objektif PPsi Ujian Aptitud

Kenapa Ujian Aptitud dilaksanakan. Ujian PPsi Aptitud adalah untuk: Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan keperluan murid
  • Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi murid pada peringkat umur tertentu
  • Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan
  • Membantu guru memahami psikologi murid
  • Membantu murid mengenal potensi diri
  • Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan pekerjaan
  • Memantau tahap kebolehan umum murid dalam menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan sama ada  di peringkat lokal dan global dengan menggunakan  kemudahan yang ada di persekitarannya
  • Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu

Tujuan Ujian Aptitud (SK) Sekolah Rendah

Di peringkat sekolah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi serta minat atau kecenderungan dalam bidang tertentu. Di peringkat menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya serta minat atau kecenderungan dalam bidang tertentu. Manakala di peringkat menengah atas, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta minat atau kecenderungan dalam bidang yang lebih spesifik.

Download Bahan Ujian Aptitud Tahun 3

Muat Turun Bahan Pentaksiran Psikometrik: Ujian Aptitud Am Tahun 3. Sepertimana yang dibekalkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ujian Aptitud Am Tahun 3 SK 2015

Panduan Pentaksiran PBS Ujian Aptitud Am

Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am SK

Koleksi Bahan Pendidikan dan ilmiah sekolah rendah Malaysia oleh warga pendidik dari seluruh Malaysia. Perkongsian bahan terkini Pentaksiran PBS Psikometrik Ujian Aptitud Am KPM sebagai panduan para guru dan warga pendidik seluruh Malaysia. Muat Turun bahan adalah percuma.
The Content, Text Article, Illustration infographics, charts, tables, photographs, or other material was republish from Hootoh Pendidikan Collection for my education purpose only. The contents are not originally by Memoir of Insani or Hootoh Pendidikan but mostly Free educational material from various internet source. Credits to original author/content owner for design, production, editing and illustration.
Sebagai pemilik laman Memoir of Insani ingin mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik asal bahan-bahan ilmiah ini secara langsung/tidak langsung.
Previous
Next Post »