Seorang anak kepada pembekal daging, Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir, adalah antara empat pelajar yang terpilih menerima Biasiswa Kijang Emas, biasiswa tertinggi Tajaan Pendidikan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), untuk menyambung pengajian di mana-mana universiti utama dunia. Siapakah Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir.
Anak bongsu daripada lima beradik, Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir, 18, yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia berjaya melalui proses temu duga yang ketat selama tiga hari untuk menerima anugerah itu. Twitter Hajar Nur Asyiqin.
Ketika ini saya sedang melanjutkan pengajian di Kolej Tuanku Ja'afar di Mantin, Negeri Sembilan di peringkat A Level dan selepas itu kalau ada rezeki mahu ke Universiti Oxford. Saya mahu melanjutkan pengajian dalam bidang kimia dan menjadi pakar untuk membantu negara sebaik saja menamatkan pengajianSejak usia saya 16 tahun, saya sudah tetapkan matlamat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford. Mungkin saya dipilih berdasarkan kepada kemampuan bekerjasama dalam kumpulan serta individu.— Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir
Pencapaian Hajar Nur Asyiqin itu juga membanggakan pihak sekolah. Beliau merupakan pelajar pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib serta di negeri Pahang ini menerima pengiktirafan sedemikian. Bagaimanakah Proses Pemilihan untuk mendapatkan Biasiswa Kijang Emas.
Kijang Emas Scholarship Award
Bank Negara awarded four students, high-potential talents who are pursuing various field of studies in top universities around the world, with the Kijang Emas Scholarship Award 2015. Selain Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir, berikut ialah senarai nama Pelajar yang menerima Biasiswa Kijang Emas yang meupakan Anugerah tertinggi Bank Negara Malaysia (BNM).
Penerima Biasiswa Kijang Emas 2015
- Ahmad Imran Idzqandar (10A+ SPM) (MRSM) Tun Ghaffar Baba, Melaka
- Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir (9A+ SPM) SMK Abdul Rahman Talib, Pahang
- Tan Ying Xin (10A+ SPM) SMJK Sacred Heart, Penang
- Nur Shazlin Shek Daud (9A+ SPM) MRSM Taiping, Perak
Proses Pemilihan untuk Biasiswa Kijang Emas
Bank Negara Malaysia menerima Ribuan Pemohonan untuk Kijang Emas Scholarship Award setiap tahun. Namun pemohon perlu melalui pelbagai proses pemilihan yang ketat. Bermula dengan ditemu duga dalam talian dan diminta membuat karangan dalam 250 patah perkataan. Setelah itu 25 calon dipanggil untuk proses saringan akhir iaitu ditemu duga dan mengikuti pelbagai program khas. Akhirnya empat pelajar dipilih menerima Biasiswa Kijang Emas Tajaan Pendidikan Bank Negara Malaysia.
Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini
Sign up Here with your Active Email