<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Misteri kehilangan pesawat MH370 terungkai. Pengumuman khas mengesahkan Bukti Fizikal Pesawat MH370 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Penemuan ini menunjukkan terdapatnya Bukti Fizikal Pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

Pengesahan Serpihan MH370 di Pulau Reunion

Siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya. Flaperon itu ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Madagascar pada Rabu lalu dan kemudiannya diperiksa di Perancis dan ia merupakan penemuan pertama serpihan pesawat di Lautan Hindi.

Video Pengumuman Khas Serpihan MH370 - Najib Razak



Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370. Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi
— Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan kepada semua yang terlibat dalam tragedi itu bahawa kerajaan akan terus komited dalam usaha untuk mencari kebenaran dan apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat terbabit.

Kami bersedih bersama anda, sebagai sebuah negara dan ini saya janjikan, Malaysia akan sentiasa mengingati mereka yang hilang dalam pesawat MH370. Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati dan Mereka sentiasa dalam simpati dan doa kami

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Datuk Seri Najib Razak berharap Pengumuman khas mengesahkan MH370 dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu. Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu. MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pengumuman khas mengesahkan MH370 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Previous
Next Post »