<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC

Pasukan Petugas Khas dan Polis menyerbu Pejabat 1MDB di Menara IMC Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur. Serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Serbuan Polis dengan tiga kereta peronda polis dan sebuah van telah dirakam di hadapan bangunan pejabat 1MDB. Apakah Hasil Siasatan 1MDB Laporan Polis akan didedahkan kepada umum. Menurut Sumber; The Star mengesahkan bahawa polis telah hadir di pejabat syarikat itu yang terletak di Menara IMC. Namun wartawan The Star tidak diberikan akses masuk ke pejabat 1MDB agar tidak mengganggu proses Siasatan Polis - 1MDB.

Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC

Penyambut tetamu pejabat 1MDB memaklumkan bahawa Pihak Polis dan 1MDB memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke pejabat mereka yang terletak di tingkat lapan kerana mereka tidak mahu diganggu. Malah seorang pegawai keselamatan juga diarahkan agar tidak membenarkan rakaman footages dibuat di premis Menara IMC sepanjang kehadiran pihak polis.

Hasil Siasatan 1MDB  Laporan Polis

Terlalu awal untuk meramal apakah Hasil siasatan pihak polis terhadap 1MDB. Walaupun pasukan petugas khas dan pihak polis telah menyerbu Pejabat 1MDB, namun tujuan dan apakah siasatan yang dilakukan masih belum dipastikan. Adakah Pihak polis sedang menyiasat Penyelewengan Dana 1MDB atau menyiasat Bagaimana Wall Street Journal memperoleh dokumen bank 1MDB yang dimuat naik di laman webnya baru-baru ini.

Pejabat 1MDB diserbu Polis

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah melakukan siasatan terhadap 1MDB.

Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain serta merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa WSJ The Wall Street Journal. Polis Serbu Pejabat 1MDB Menara IMC.
Previous
Next Post »