<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Norma Baharu Guru Pendidikan Islam Tahun 2015

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 Tahun 2015 Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah Kerajaan Malaysia. Merujuk Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2015 oleh Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia dan diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Portal Rasmi KPM terdapat beberapa norma baru untuk Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Norma Baharu Guru Pendidikan Islam Tahun 2015

Norma Baharu GPI mempunyai ciri-ciri Berikut


  • Norma yang berasingan   daripada norma Guru Akademik  Kurikulum Bersepadu  Sekolah  Rendah (KBSR)  I Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),  Guru Bahasa Arab (GBA)  dan Guru Pendidikan Moral.
  • Pemansuhan pelbagai gelaran jawatan bagi guru yang mengajar mata  pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah seperti Guru Penolong Agama (GPA),   Guru Pendidikan Islam Khas (GPIK), Guru j-QAF (GJQ),   Guru  j-QAF  Khas (GJQK),  Guru Tambahan Pendidikan Islam  (GTPI), dan digantikan dengan gelaran jawatan iaitu Guru Pendidikan Islam (GPI).
  • Keperluan guru dikira berasaskanjenis sekolah, bilangan kelas dan bilangan murid Islam.
  • Pelaksanaan dua (2) waktu Tasmik  bagi setiap kelas diambil klra sebagai waktu mengajar rasmi guru.
  • Memastikan setiap sekolah yang mempunyai sekurang-kurang satu (1) orang murid Islam layak menerima seorang GPI.


Pekeliling Norma Baru Guru Pendidikan Islam Tahun 2015

Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam turut menggariskan Tanggungjawab GPI dan Tanggungjawab GBA dalam perlaksanaan kokurikulum dan ko-akademik mata pelajaran Pendidikan Islam dan program dan aktiviti dakwah

Download Surat Pekeliling Ikhtisas

Untuk lebih jelas, Sila click pautan muat turun di Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Pelaksanaan Norma Baharu GPI di Sekolah Rendah. Download Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 Pelaksanaan Norma Baharu GPI Tahun 2015 .
Previous
Next Post »