<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Secara mudahnya SAPS NKRA merupakan pengkalan data maklumat peperiksaan untuk semua peperiksaan yang dijalankan di sekolah bantuan kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Arahan perlaksanaan SAPS adalah merujuk Surat Pekeliling Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Rujukan KPM.NKRA.100-15/1/1JLD.4(17) bertarikh 7 Jun 2011.

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Perlaksanaan SAPS di peringkat Sekolah dibahagikan kepada 3 Kumpulan Utama dengan Perincian Tugas masing-masing. 3 Kumpulan utama ini Guru Setiausaha Peperiksaan (Superadmin SAPS), Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran. 

Berikut ialah Senarai Tugas SAPS Guru mengikut Surat Pekeliling Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Semua pihak berkaitan adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara ditetapkan dilaksanakan dengan amanah.

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Senarai Tugas Guru SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara online yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Ibu-Bapa juga boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak mereka di Laman SAPS (NKRA) secara online.

Data pemarkahan, skor dan pencapaian yang diisi dalam SAPS adalah rasmi dan sah. Data serta Maklumat boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. SAPS juga boleh dijadikan "Early Warning System" kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result). Ramalan pencapaian murid juga dapat dianggarkan melalui maklumat yang dikumpul di Laman NKRA SAPS ini.
Previous
Next Post »