<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Peperiksaan Tidak Menjadikan Kita Bijaksana

Sejarah dan Asal Usul Peperiksaan. Kenapa Peperiksaan Diadakan dalam Pendidikan. Peperiksaan adalah satu kaedah menilai kemampuan diri dan Ujian untuk mengetahui status dan tahap bahan diuji. Ujian adalah lumrah dalam kehidupan. Ada masa yang senang diuji dengan kesenangan dan yang susah pula diuji dengan kesusahan. Maka Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sebgai satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti.

Peperiksaan Tidak Menjadikan Seseorang Bijaksana

Semata dengan menjawab soalan, peperiksaan tidak pernah menjadikan seseorang itu bijak. Apatah lagi menambahkan ilmu kepada seseorang itu apabila menjawab soalan di dalamnya. Adakah anda merasakan Peperiksaan dan Menuntut Ilmu itu adalah proses yang sama. Extra: Adakah Menuntut Ilmu satu Bebanan.

Memetik sebahagian dari ayat 151 Surah Al-Baqarah "... dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui"

Jika dilihat dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini, kita pernah menggunakan Sistem Pendidikan yang berorientasikan Peperiksaan (KBSR). Setiap murid di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pasti menghadapi beberapa tahap peperiksaan. Melalui ujian dan juga peperiksaan yang kita lalui itu dapat menilai sejauh mana tahap pemahaman dan penguasaan kita dalam sesuatu mata pelajaran.

Peperiksaan Tidak Menjadikan Kita Bijaksana

Keputusan Peperiksaan

Keputusan Peperiksaan adalah amat penting kerana ia adalah kayu ukur bagi menentukan keupayaan serta kemampuan seseorg melalui skema atau sistem pemarkahan. Ia memudahkan, seseorang itu membuat keputusan samaada untuk ke peringkat seterusnya atau kekal di tahap yang sama.

Apa Itu Peperiksaan

Apakah maksud peperiksaan dan tujuan ia dilaksanakan. Benarkah kita memahami tujuan peperiksaan itu. Sungguh menghairankan bagaimana masalah-masalah peperiksaan seperti kertas soalan peperiksaan bocor, jarak antara meja peperiksaan, pengawas peperiksaan pengawasi calon hingga ke tandas, calon peperiksaan ditangkap meniru dan lainnya masih boleh berlaku. Adakah Menuntut Ilmu satu Bebanan atau  mereka tidak faham apa itu peperiksaan.

Sejak menjadi guru, banyak kegagalan aku lalui. Mungkin itulah punca kenapa jiwa ini berat untuk menerima pujian. Perkara asas iaitu menerangkan tujuan sebenar peperiksaan pun hingga kini aku masih belum berjaya. Apa benar aku telah mengajar muridku ilmu yang baik selama ini.
— Hootoh Pendidikan

Sejarah dan Asal Usul Peperiksaan

Peperiksaan awam yang Pertama adalah diperkenalkan oleh Maharaja Shih Huang Ti. Peperiksaan tersebut dikendalikan oleh suatu jawatankuasa iaitu dipanggil sebagai Hon Kao Su. Peperiksaan diperkenalkan adalah untuk memilih pegawai kerajaan dalam kalangan rakyat untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Peperiksaan itu meliputi 3 tahap sepertimana peringkat universiti iaitu bacelor, master dan phD. Peringkat tertinggi akan dijalankan di hadapan maharaja. Jika calon didapati meniru maka akan dihukum pancung serta merta.

Tujuan dan Maksud Peperiksaan

Peperiksaan tidak menjadikan seseorang itu minat untuk belajar. Namun sekurang-kurangnya sedikit menggalakkan pelajar untuk mengambil berat terhadap apa yang dipelajarinya. Adakah peperiksaan itu satu proses Menuntut Ilmu. Pastinya ramai yang sedar Belajar dan Peperiksaan adalah seuatu yang berbeza. Malah objektif dan tujuannya juga amat jelas berbeza.

Sejak Malaysia memperkenalkan KSSR dalam Sistem Pendidikan yang tidak berorientasikan Peperiksaan, telah berlaku beberapa masalah yang terpaksa warga pendidik pendamkan dalam hati. Bukannya warga guru tidak berani, tetapi masalah yang gagal di atasi Kementerian Pendidikan ini amat memalukan bila dibicarakan secara terbuka.

Seboleh-bolehnya biarlah ia dirahsiakan agar ia tidak diketahui oleh negara-negara jiran. Semua ini mungkin dugaan Allah keapada rakyat Malaysia. Melihatkan murid-murid yang semakin kabur masa depannya bersama sistem pendidikan yang berubah-ubah, apakah yang mampu warga guru kumpulan menurut perintah ini lakukan? Bersamalah kita berdoa agar pendidikan negara diterajui oleh golongan yang lebih berakal sedikit masa nanti.


Previous
Next Post »